REVIEW: HERO SERIES BY HILAL ASYRAF

                                                   Image result for hilal asyraf hero series



Assalamualaikum dan selamat malam!
Alhamdulillah, aku telah habis baca kelima-lima siri hero hasil nukilan Tuan Hilal Asyraf.

Frankly, i am not a very good reviewer but i will try my best.

Actually, aku dah lama sinonim dgn nama Hilal Asyraf ni, cuma tak pernah membaca karya-karya beliau sehinggalah tahun 2017. Waktu tu, kawan aku tgh baca satu novel fiksyen ni, dan aku macam tertarik sbb yeah my hobby is reading during my free time ( kadang stay up malam dekat asrama semata utk habiskan baca shj! )

Siri Hero ni ada lima buku which are:

1. Hero
2. Pemburu
3. Surihati Encik Pembunuh
4. Samurai Melayu
5. Membunuh Muhammad

aku mula2 sekali baca novel Hilal Asyraf ni adalah buku Surihati Encik Pembunuh, sbb tajuk dia catchy. yelah dahlah encik pembunuh kan, sounds creepy. then ada surihati pulak. okbai. dah lari jauh.
time tu tahun 2017, dan aku habiskan buku tu dalam kurang dua hari sbb terlalu syok membaca ,maaf sebab aku tak begitu ingat isi bukunya sbb dah baca dua tahun lepas. hehehe. kemudian, selepas surihati encik pembunuh aku baca pemburu then barulah hero...
dan alhamdulillah ketiga-tiganya aku pinjam drpd kawan aku yang baik dan bertanggungjawab memperkenalkan aku dgn karya-karya hebat Hilal Asyraf.
lps tu tahun 2018 tak baca langsung buku Hilal Asyraf sbb kawan tak beli lagi buku Hilal ketika itu.
makanya aku tahan aje nafsu dan imaginasi siri hero yang tergantung dalam kepala otak ni. sampailah pbakl 2019 aku pulun beli baki siri hero yang tinggal; Samurai melayu dan membunuh Muhammad.
tapi aku tak beli pulak tiga buku atas dia hahaha sbb.......nanti aku ceritakan. :)



Overall, apa yang aku boleh simpulkan daripada siri hero ini, aku suka jalan cerita yang diketengahkan dan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis buku tersebut. Aku suka cara beliau seolah-olah menggambarkan imej Malaysia yang akan datang. kalau baca buku hero, waktu tu kerajaan yang sedia ada masih korup dan penuh kebinasaan. dan datanglah Afam ni nak tumbangkan kerajaan yang korup tu sambil membanteras jenayah. eh betul ke? aku dah lama tak baca so igt2 lupaaaa. tapi start pemburu dan surihati, aku suka dgn storyline yang menggambarkan Malaysia negara yang maju, teknologi setanding dgn negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Waktu awal-awal cerita surihati tu pun, faisal buat kerja dia penuh hati-hati sbb hero time tu tgh meronda-ronda utk kesan jenayah yang faisal baru buat. sbbkan aku baca 3 siri hero yang awal pada tahun 2017, waktu tu masih kerajaan yang lama so aku kadang rasa imaginasi Hilal Asyraf ni agak..tinggi? tapi aku layankan aje sampai habis sbb  storyline dia good!

ada sedikit jeee kekurangan pada karya beliau di mana, aku rasa beliau dah buat yang terbaik untuk menggambarkan situasi ketika berlawan dan bertarung. cuma kadang dalam satu ayat tu mcm terlalu banyak aksi atau perbuatan yang memerlukan aku baca kadang hingga tiga empat kali untuk faham. maaf, tapi aku rasa ni my bad. tapi kadang struktur ayat dia pun terlalu kompleks (part lawan-lawan tulah) . tapi part lain ok je. santai tetapi sampai. alhamdulillah.

dan beliau juga suka buat banyak plot twist hingga aku rasa mcm selesaikan misteri tu sendiri. bila Nobu akan tewas, macam mana diorang dpt pulang ke masa lalu. dan kadang tekonologi yang direka (tak tahulah kalau mmg wujud) pun bila dihidupkan dalam imaginasi aku, aku mcm terkedu. macam mana benda ni berfungsi sampai aku bayangkan dan sakit kepala XD.

dan dalam Membunuh Muhammad pun ada travel time machine, macam cerita avengers: end game pula ye. cuma aku rasa mesin yang dicipta dalam buku ni masih boleh diterima pakai oleh logik akal aku . Nobu gunakan mesin itu untuk membunuh Nabi Muhammad dgn alasan agar bila Muhammad itu telah dibunuh, maka tidak wujudnya penghalang-penghalang pada masa hadapan yang membawa ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad.
tapi akhirnya rancangan Nobu itu gagal juga.

alhamdulillah, itu aje kot aku nak review. walaupun ending dalam Membunuh Muhammad tak seperti yang aku bayangkan dan idamkan tapi, it's a good fictional series. :)

                                                                       


                                                          Image result for hilal asyraf hikayat series

oh yaaaa, sebab aku tak beli tiga baki siri hero iaitu hero, pemburu dan surihati adalah disebabkan siri yang atas ni!!! aku masih menahan sabar dan imaginasi dalam otak aku sbb siri ni tak habis lagi >.<
insya-Allah aku masih sabar menunggu baki lagi dua buku ini pada tahun hadapan di pbakl . jujurnya, aku lebih teruja baca siri hikayat daripada siri hero,eh? hahahaha. aku tak sabar nak tahu pengakhiran kisah cinta mikail dan runihara sebenarnya, dan jugaaa perjuangan satria-satria sejati sebab beliau membuat plot twist pada pertengahan buku kedua dan buku ketiga. aku pun bermain teka-teki dalam siri ini jugaa, hmmm.


akhir kata, moga apa yang aku kongsikan memberi manfaat dan tolonglah beli/baca karya-karya beliau. sumpah takkan rugi sebab beliau banyak kongsikan ayat-ayat al-quran , sesuai dgn plot yang ditulis


itu sahaja.
moga ada manfaat :)


disclaimer:
maaf kalau ada yang aku tulis salah drpd segi penceritaan siri hero lagi-lagi untuk buku hero, pemburu dan surihati encik pembunuh sbb ketiga-tiga buku tu aku baca pada tahun 2017
:)


Comments

Popular Posts