JAGA IKHTILAT TAK OHSEM?

*fuhhh, tiup sikit blog yang dah berhabuk ni.

Hai, assalamualaikum ! Lama gilaaa aku tak update apa2. First, busylaa apa lagi. Second, aku lupa actually blog ni wujud. Okay, let's start blogging!

Seperti tajuk yang tertera di atas, ya, aku akan ceritakan/bincangkan soal ikhtilat ni. Maybe untuk sesetengah orang, perkataan 'ikhtilat' itu sendiri dah terlalu familliar. atau bahasa yang bombastik sikit, dah 'mainstream'. gituhh.

Baiklah, actually nak dimudahkan pemahaman bagi yang kurang jelas/ tak tahu, ikhtilat in bahasa mudahnya adalah PERCAMPURAN. Istilah ni selalunya digunapakai dekat sekolah-sekolah agama.
Lagi-lagi kalau ustaz2/ustazah2 badar yang nampak lah kan pelajar lelaki dan perempuan bercakap2, pastu tergelak; ofkos la kena tazkirah balik. "mana akhlak kamu sebagai muslimah?" "kamu tahukan apa hukum nya berikhtilat sedemikian rupa?" daaaann banyak lagi lah. Dan oh ya, ikhtilat ni tak semestinya berlaku dalam komunikasi face-to-face, tapi dalam alam maya juga ;)

Basically, lepas kita dah tinggalkan zaman sekolah, kita kini dah tak 'dijaga'. Dah takde sapa nak sound/tegur pun kalau kat universiti/matriks/kolej. Kita rasa seakan bebas daripada belenggu 'jaga ikhtilat' yang syadid nak mati dekat sekolah dulu. Kalau orang tegur pun mungkin kita akan rasa, aduh aku dah keluar sekolah kot. Enough is enough.

Well, to make my point being convey clearly, aku ada satu cerita pasal ikhtilat ni. Based on true story(ceh).

Satu hari, aku borak lah dengan kawan aku ni. Entah macam mana borak, tetiba tersentuh topik ikhtilat ni. Aku cakap, ''yaa tengoklah insyaallah aku akan jaga ikhtilat even dah masuk universiti, I'll try my very best'' dia balas, "hmm 'tengoklah'. LOL. dah biasa sangat dengan perkataan tu, end up, terbabas "  dan aku pun macam terasa, yelah. aku ni pun bukannya baik mana budaknya time sekolah dulu. "tak semestinya semua orang akan macam tu" "hmm we'll see."that time, aku berazam dalam hati aku yang no matter what aku akan try jaga ikhtilat aku even dah masuk alam universiti, yang kita semua tahu suasananya berbezaaa amat daripada suasana sekolah agama.


nak dijadikan cerita, aku tengok balik kawan aku yang aku chat dengan dia beberapa bulan lepas, hmm I am not judging but aku sedih jugaklah sebab dia yang macam challenge aku but now, *sigh. Entahlah susah nak cakap. but aku rasa korang boleh teka kot apa yang berlaku. Sesungguhnya kita ni, memang akan diuji dengan apa yang kita ungkapkan.

Some may say, tak ohsem aahhh jaga2 ikhtilat ni. Bukannya buat apa pun. Gelak biasa, kawan je kot. Tak chill.
Tapi, apa yang aku belajar daripada menjaga ikhtilat ni adalah, ia memupuk rasa malu  untuk  aku bercampur dengan lelaki. Don't get me wrong, bercampur dalam keadaan yang tidak dibenarkan lah. Jaga ikhtilat ni membuatkan aku sedar yang background aku ni perlu dijaga, aku ni muslimah yang patut ada rasa malu.

Tapi, bukannya tiap masa kena jaga ikhtilat, bukan tiap masa kena elakkan percampuran. ada masa, kita terpaksa juga berikhtilat TAPI dengan sebab dan tujuan. tak silap aku, hanya ada tiga keadaan je yang mengharuskan ikhtilat ni iaitu:

1) ketika darurat
2) ketika berjual-beli
3)ketika menuntut ilmu


Kita tahu, daripada percampuran biasa-biasa ini boleh menghasilkan percampuran yang 'luar biasa'. Kita tahu, daripada percampuran biasa-biasa ini boleh menerbitkan jalan2 zina yang sangat halus. We knew, but act as an ignorant.

Kenapa rasa tak ohsem kalau jaga ikhtilat? Rasa left out? Rasa teringin nak ada relationship dekat alam universiti? Rasa tak profesional kalau tak tumpang sekaki gelak benda yang sebenarnya tak lawak mana pun? Takut dilabel ustaz/ustazah? Benda ni, boleh muhasabah sendiri. tepuk dada, tanya iman kita. Hanya kita je tahu takat mana pengamalan dan pengadaptasian ilmu-ilmu yang kita peroleh waktu sekolah dulu.

Aku hanya nak kongsikan satu ayat yang dah terlalu mainstream ni, daripada surah Al-Isra' ayat 32 :

'dan janganlah kamu , mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk'

Cantik kan ayat Allah? Allah cakap jangan dekati zina, bukannya jangan lakukan zina. Sebab Allah tahu hamba-hamba-Nya ni mudah terjatuh bila terasa sekali ketagihnya zina tu. Aku harap perkongsian aku pada kali ni, kita dapat sama-sama muhasabah balik iman dan amal masing-masing.

moga ada manfaat :)

Disclaimer: aku pun masih terkapai-kapai dalam menjaga ikhtilat, jom sama-sama perbaiki ;)

Comments

Post a Comment

Popular Posts